Blog Layout

CORE Residence dapat sambutan daripada pelabur asing

Kosmo • October 5, 2021

CORE Residence dapat sambutan daripada pelabur asing


PETALING JAYA – Projek pembangunan hartanah mewah milik CORE Precious Development Sdn. Bhd. (CORE Precious) iaitu, CORE Residence @ TRX telah mencapai kadar langganan 70 peratus untuk Tower 1 dan 2.


CORE Precious adalah syarikat usaha sama antara China Communications Construction Group (CCCG) dengan WCT Hol­dings Berhad.

Pengarah CCCG Overseas Real Estate Pte Ltd., Zhang Bao ber­kata, sambutan baik daripada pembeli hartanah adalah baik meskipun negara berdepan dengan beberapa kekangan dan sekatan ekonomi ekoran kesan pandemik yang berlanjutan.


“Sejumlah besar jualan telah dicatat dalam tempoh bebe­rapa bulan terakhir berkat usaha pemasaran digital yang agresif seperti ejen penstriman secara langsung, lawatan rumah secara maya serta kempen media sosial yang kreatif.



“Unit kediaman di CORE Residence @ TRX telah dilanggan terutamanya oleh pelanggan dari 20 lebih negara dan wilayah Asia,” katanya dalam satu kenyataan.


Bersandarkan kepada sambutan baik itu, syarikat bercadang untuk melancarkan Tower 3 dengan rakan pengurusan hotel antarabangsa tidak lama lagi.


Tambah Bao, faktor lokasinya yang berpusat, harga yang berpatutan berbanding negara lain dan jaminan peningkatan harga pada masa hadapan adalah beberapa sebab mengapa ia menjadi pilihan dalam kalangan ekspatriat.


“Masih ada permintaan yang tinggi untuk hartanah kediaman mewah di Kuala Lumpur, kerana harga se kaki persegi yang sangat berpatutan, aksesibili mantap dengan perkhidmatan pengangkutan bersepadu dan kualiti hidup yang tinggi, menjadikannya destinasi ekspatriat atau persaraan bagi pembeli Asia di luar negara,” ujarnya. - Kosmo

By Elizabeth Wong March 15, 2024
企业的品牌形象设计,对于企业开发、拓展市场而言有着导航作用,好的品牌形象能够体现企业的核心价值观和目标,帮助企业塑造独特的形象,使品牌在消费者心中占据一个特殊的位置。 以中交集团的为例,其标志不仅具有美观性,更具有深刻的含义,体现了中交集团的企业文化、经营理念和发展愿景。
By Elizabeth Wong February 19, 2024
在过去3年间,全球市场饱受疫情、经济环境不景气、市场供应链受扰等利空因素影响,导致整体投资意愿下降。马来西亚房产市场也因此受到打压,使得高价投资房产销售表现不尽如人意。 不过,近年来马来西亚房产市场持续保持多元化发展的趋势,从高端建筑、可负担型房产到郊区住宅区,无一不受到市场广泛关注。再加上房价对比其他亚洲国家更富有增长空间,马来西亚房市向来都是最受外资青睐的的房产投资目的地。
By Elizabeth Wong January 22, 2024
“世事如棋局,变化无穷。” 趋势转变犹如时代翻篇,总是伴随著风高浪急、甚至惊涛骇浪。近年的经济局势,便是身处在风云诡蛰的历史转捩点。 在此背景下,全球经济将面临诸多挑战,包括地缘政治衝突、通货膨胀、冠病疫情等。如何应对这些挑战,将是全球各国面临的重要课题。 眼下2023年来到尾声,今年依旧是充满变化和不确定的一年,全球经济在复苏之路上艰难前行,增长呈疲弱乏力之势。
Show More
Share by: